Isnin, 20 Julai 2009

Awas Pencuri Kasut

Salam semua warga Seri Melati, lama tak post dalam blog ni dan dah naik berhabuk.......heheheee sibuk sikit dan tiada idea nak post.

Apapun hari ini saya nak beri peringatan tentang Pencuri Kasut yang semakin bermaharajalela di Seri Melati ini. Sabtu lepas dalam pukul 6.00 saya buka pintu rumah saya tengok seorang lelaki melayu kulit hitam manis dalam umur lingkungan 30an sedang membelek-belek rak kasut jiran depan rumah (beliau sekeluarga tiada rumah masa tu). Nampak saja saya terus dia capai topi keledar atas rak kasut tu dan berjalan laju keluar ketempat letak motorsikal disebelah blok D, saya terus bergegas keluar dan cuba mencari lelaki tadi, cari2 dah hilang.....huii cepatnya. Periksa dengan jiran depan dia tak perasan katanya, balik semula di rak kasut tu saya lihat sepasang kasut sukan dan dikeluarkan.

Balik hari ini jiran saya kata memang sah hilang 2 pasang kasut kemudian jiran2 di Blok C pun ada bagitahu kasut dah banyak hilang. Jadi tuan/puan Warga Seri Melati kemas-kemaskanlah kasut yang diletak luar rumah tu sebelum "dikemaskan" oleh orang lain. Nampak saja kelibat orang mencurigakan talipon saja Balai Polis Bangi 03-89258222 atau bagitahu pada SECURITY di pondok Pengawal..itu pun kalau adalah dia orang kat dalam tu.


1 ulasan:

fiziforex berkata...

kami d-g-07 pun dah byk kali hilang kasut/capal. rasa2 pun org luar yg masuk cilok. so camne dia boleh masuk????? itu tak mustahil sbb asalkan towing truck yg besar pun leh masuk ini kan pulak pencuri kasut...
so lu pikir la sendiri(bak kata nabil) hehehe...