Jumaat, 21 Ogos 2009

pencerobohan ke kawasan bersama (Common area)



Pencerobohan bermula apabila beberapa individu mula membuat binaan kekal (menyambung rumah) kekawasan bersama. Bangunan tambahan di buat untuk tujuan pembesaran rumah dan juga sebagai bengkel memproses makanan untuk penjualan. Lapuran telah di buat kepada pihak berkuasa. jawapan yang diterima dari pihak berkuasa mengatakan isu ini telah selesai. Dari pemerhatian penduduk, tiada apa-apa tindakan dibuat. Kelemahan penguatkuasaan seakan memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk melakukan pencerobohan ini tanpa rasa bersalah atau menghormati individu lain yang menghuni apartment ini. Kini individu yang paling berkuasa dalam pengurusan Apartment ini dilihat melakukan perkara yang sama sejajar dengan individu yang mempunyai jawatan dalam pengurusan Apartment ini. Tindakan mereka ini telah menjadi rujukan dan contoh untuk di ikut oleh penghuni Apartment yang berjiran.

Apakah ini dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan agama yang dianut?

1 ulasan:

azizailan berkata...

Akta 663 benar2 memberi kekebalan pada sesetengah pihak nampaknya. Hinggakan pihak berkuasa pun tkde kuasa utk menghalang. Lihat apa pula selepas ini.