Rabu, 12 Ogos 2009

Lampu tangga akan ditutup.........

Salam semua warga Pangsapuri Seri Melati, jika tuan/puan perasan ada memo baru dari JMB yang ditampal dipapan kenyataan. Antara ayatnya lampu tangga dimana semua 4 unit yang tidak membayar yuran penyenggaraan akan ditanggalkan (tutuplah tu). Saya masih teringat peringkat awal tahun 2002 masa saya pindah ke Seri Melati ni berbulan-bulan lampu tangga tak hidup. Saya ambil langkah selamat dengan memasang satu lampu kalimantan pendek diluar rumah saya pasal kadang2 saya balik kerja lambat jadi setidak2nya luar rumah saya tu terang dan keluarga saya rasa agak selamat. Cuma nak tanya selama berbulan2 lampu tangga tak MENYALA (duit maintenance dah bayar,siap advanced 6 bulan lagi) dan saya pasang lampu sendiri tak pernah pulak saya tuntut bil letrik saya dan tiada refund pun dari Bangi Heights.

Kenapa pulak sekarang timbul isu nak tutup lampu tangga??? Saya harap kalau ada AJK JMB yang baca posting tolonglah jawab nak juga tahu apa ulasan JMB. Alat pemadam api yang diwar-warkan dipasang disemua tangga hanya cakap kosong je terutama di Blok D satu tangga pun tiada alat pemadam api tu. Blok A semua tangga ada, Blok B hanya 1 di tangga 9-12, Blok C kecuali 1 tangga tiada iaitu 5-8 dan blok E semua tangga ada. Pelik betul letak pemadam api pun ikut kategori penduduk ke.

Harap moto Dari Penduduk Untuk Penduduk tu tidak hanya untuk letter head saja.

2 ulasan:

fiziforex berkata...

apa la yg ada dlm kepala otak diaorang ni kan. tak ambil kira aspek keselamatan betul la. tak faham(3x)...berapa la sgt bil lampu tgga tu klu nak dibandingkan dgn keselamatan penghuni...!@#$%^&&&^###

Sebuah Perjalanan berkata...

Untuk mengurangkan bil tutup lampu depan Blok D sebab lampu jalan kat kedai tu dah cukup terang.